|
Orang Tabligh, Ntah sape la yg bagi nama, Sedangkan kita sumer sama, Umat Baginda Nabi SAW juga, Kerja dakwah kan tanggungjawab bersama, Nabi dah xde, kalau kita tak buat, sape pula, x kan la keje ustaz dan ulama saja, Yg kita nih, xkan nak goyang kaki saje2?
Dahlah banyak dosa (termasuk aku juga)
Tu pun kerja dakwah, pahala percuma,.. banyak yg mengata
Orang Tabligh, Lari!!Larii! Orang Tabligh dtg, Yg tadi ramai,sekelip mata je dah ilang, Yg td segar bugar dah tido terlentang, Yg sakit kaki pun boleh terjun tingkap lari lintang pukang, Heh..betul la kata orang, Nak ajak manusia pada Allah bukannya keje senang.
Orang Tabligh, Ajak keluar 3Hari, bukannya nanti x pulang, Yg baru dapat gaji pun kata xde duit, nak bayar hutang, Yg tadi sihat pun tiba2 migrain plak datang, Yg menganggur pun buat2 sibuk bukan kepalang, Heh, dakwah ni takat cakap je memang la senang, Cuba buat, memang nak kena sabar, nak kena tenang, Lain la kalau ajak pada dunia, bondong2 org dtg.
Orang Tabligh, Lorong ke lorong, hati ke hati, pintu ke pintu, Jumpe suma orang tak pilih bulu, Dari ustaz sampai le kutu, Sume nak ditemu, Nak diajak pd Allah Yg Satu.
Orang Tabligh, Jalan bawak periuk belanga, Dipandang org takat sebelah mata, Dituduh jahil, di tuduh tinggal dunia perkara biasa, Walaupun kekadang pedih gak telinga, Nabi dulu2 pun kan selalu kena, Dituduh dusta, dipanggil gila, Itu Nabi, apatah lagi kita, Yg banyak salah, yg banyak dosa, Takpe2, Allah kan ada, Yg Maha Mengetahui,yg mana intan, yg mana kaca.
Orang Tabligh, Kekadang buat silap...adat la manusia juga yang punya naïf dan dosa, Memang tgh nak belajar2 tiru Baginda Nabi dan Sahabat Nabi yg dah terbukti berjaya, Terpancung, Termengata..sori, bukannya sengaja, Nak dapat hikmah dlm berdakwah memang amik masa, Kena keluar 3hari lagi dan lagi la nampaknya.
Orang Tabligh, Ada kat mana2, Kat US, Afrika, kat Israel pun ada, Dari petani, engineer, sampai la anak Raja, Pelbagai adat, perangai beza2, Tapi boleh makan dlm dulang yg sama, Bila keluar jemaah sumer dilayan serupa, Bila nak berpisah..isk2. .kluar plak air mata sedih nak berpisah.
Bukankah itu yang dituntut agama,
Bertemu dan berpisah kerana Allah saja
Orang Tabligh, Nak hidupkan sunnah Nabi, Janggut, jubah, seluar atas buku lali, Kalau nak diikutkan, memang ader byk lagi, Kekadang tu kena juga perli, "Kita sekarang kan di zaman IT" "Tak main la sunnah2 nih!" Jgn la mcm tu bang, kita kan nanti mati, Kang menyesal esok, sapa yg rugi?
Sedangkan engkau, cuba tanya hati sendiri
Sunnah apa yang ada pada diri
Kata ”aku naik saksi bahawa Muhammad itu Pesuruh Ilahi”
Tapi hidup serupa Yahudi and Nasrani,
Lagi mau mengata, tak sedar diri......!!
Orang Tabligh, Manusia biasa, ada hati, Sedih bila diperli, sakit bila dimaki, family di pulau apatah lagi Bila tinggalkan rumah, rindukan famili, Kalau nak ikutkan hati, memang nak dok rumah, bergurau dgn bini ‘meramaikan’ ummat lagi, Or ajak anak layan PS2 sampai pepagi,
Or Layan MU lawan Chelsea, Tapi untuk mengejar kebahagiaan abadi, Kami korban lagi dan lagi, Yela..hidup ni kan cuma sekali, Kalau sekarang tak buat ‘jyunbi’ (persiapan) , bila lagi?
Orang Tabligh, Bersusah payah solat tengah malam doa mohon hidayat, Fikir risau,camne nak bahagiakan umat, Supaya di akhirat esok semua selamat, Orang sekarang ingat hidayat boleh senang2 dapat, Tak perlu susah2, tak perlu keringat, And tak mau plak jumpe masyarakat, Just busy buat ibadat, Kalau camtu xde la kita ni "The Best Ummat".
Menurut Al-Quran keramat
Orang Tabligh, "Apsal la ulama India yg jadik ikutan??" Mmmm...kan Nabi dulu dah pesan, Sape saja yg bawak kebenaran, Tak kisah la orang Arab ke bukan, Sume kena bagi sokongan, Yg Allah pandang bukan luaran tapi kan Iman, Bab mazhab jgn bimbang still sendiri punye pegangan,
Sebab tu Malaysia boleh buat ‘ijtimak’ (perhimpunan) kumpul 200,000 teman-teman So x jadik masalah la kan?
Orang Tabligh, Ajak keluar 3 hari, "I can't go..sorry!" Yg dah kawin tak nak berenggang dgn isteri, Yg si isteri mati2 tak nak suami dia pergi, Berderai2 air mata keluar mcm air pili, "Kalau abg nak gi jugak, antar saya blik kampung esok pagi!!" Heh, org laki memang lemah bab air mata nih, letaklah beg tak jadi pegi Yg td ‘josh’ (bersemangat) membara-bara, jadik lemah seluruh sendi, Tp kalau bab dunia(cth: kursus naik pangkat),"no prob hunny.,anytime boleh pegi!" Si isteri lambai pemergian suami dgn wajah berseri2, Hey, of course la, nanti husband I dpt naik gaji, Wife mana la yg tak happy, Heh..ni la realiti, Bab dunia, tak yah diajak pun semua pakat2 reti, Bab akhirat, masing2 buat xkesah, xamik peduli,
Orang Tabligh, Bukan nak takhta, harta, ataupun kuasa, Atau nak berlagak mcm dah terror, Tak jugak nak kafirkan sapa2,
Tak jugak nak rebut undi parti mana2 Atau sibuk2 pergi mintak derma, Kami ajak korang keluar 3hari belajar dakwah bersama2
Bukan kami dapat komisyen pun atau lauk sekawah
Cuma nak amalkan agama yg sempurna, Dgn korbankan sendiri punya duit dan masa,
Ingat tambang flight ke luarnegara tu murah kah? (Airasia pun ada mahal juga) Nak khabarkan manusia kesemuanya, Dari kena masuk neraka, Nak supaya Allah redha, masukkan kita dlm syurgaNya, Itu saja...
Orang tabligh, Seluruh dunia...naik kapalterbang kesini kesana. .. pakai selipar jepun sahaja... Ikhlas,..no sponsor....no orang belanja...... passport penuh cop many negara.. Ade yang kerja tukang kebun je... nak tanya nafkah batin jugak ka? Balik dari keluar 3hari, macam pengantin baru adala... Sayangkan bini tingal-tinggalkan la. .. sayangkan anak...rotan digantungkan. .....sunnah nabi dalam kitab lama... bukan untuk mendera...
Orang Tabligh kenapa sibuk dakwah orang lain, anak isteri belum betul lagi.. Nabi Nuh AS, anak isteri tak mau ikut...kalau Nabi Nuh ikut teori tadi tak naik bahteralah yang pasti... Abu Jahal pacik Baginda Nabi (SAW) pun cerita yang seperti ini.. Kalau Baginda Nabi (SAW) ikut teori lagi… tak berdakwahlah Nabi....tak sampailah Islam ke M'sia ku tercinta ini...
Orang Tabligh, Eeii, selekehlah, takde ilmulah (jahil) ,compang camping kah, berbaula.. itu mungkin segelintir & cerita lama agaknya. You can't blame the teachers. You have to blame the distortions and ignorance of their followers maaaa. Sampaikan dariku walau satu ayat la...
Saidina Abu Bakar received the first kalimat terus buat dakwah...
Tapi kalau dia tunggu cukup ilmu di dada
Dia tak jadi “top performers” after Baginda Nabi (SAW) la
Orang Tabligh
Kini dunia sibuk berbeza pendapat, mazhab, ekonomi, politik, macam2 la M'sian, New Yorkers, Indians, & Palestinians, seluruh alam la boleh duduk makan satu talam Ijtimak di Nizamuddin setiap tahun ada.. ...
Di akui dunia perhimpunan terbesar ummat Islam selepas haji jugaa
Sedangkan PM Datuk Seri Najib, TPM Tan Sri Muhyidin, dan Y.Dipertuan Besar N9, Tuanku Muhriz menyertai ijtimak juga
Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi dan Menteri Besar N9, Datuk Seri Mohamad Hasan pun ada
Walau untuk seminit dua
Korang bising aku pun tak faham juga
Lagi mau ada masalah ka?
|